Tentang Jamu Kak Lis

Siapa Kak Lis

Saya Kak Lis, pengasas Kak Lis Homemade Jamu.

Perjalanan ini bermula daripada pengalaman saya sendiri - mencari keseimbangan antara kesihatan dalaman dan luaran sebagai wanita moden yang sibuk. Dari situ, lahirlah niat untuk menghidupkan semula amalan jamu tradisional yang diwarisi turun-temurun.

Sejak 2015, saya mula menghasilkan jamu sendiri daripada dapur rumah, menggunakan bahan-bahan segar dari Malaysia dan Indonesia. Setiap resipi disediakan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan — seperti bagaimana ibu-ibu dahulu menyediakan jamu untuk keluarga mereka.

Apa yang Kak Lis Hasilkan

Kak Lis Homemade Jamu menghasilkan pelbagai produk kesihatan wanita seperti:


  • Maajun Homemade

  • Jus Jamu Tradisional

  • Feminine Wash Herba

  • dan beberapa produk semula jadi lain

Semuanya buatan tangan, tanpa bahan pengawet, dan dihasilkan secara kecil-kecilan untuk memastikan setiap produk kekal segar, bersih, dan berkualiti tinggi.

Misi Kami

Misi Kak Lis mudah -

Untuk membantu wanita kembali yakin dengan diri sendiri, menjaga kesihatan dari dalam dan menyerlahkan kecantikan semula jadi dari luar.”

Saya percaya bahawa kecantikan sejati bermula dari tubuh yang sihat.

Jamu bukan sekadar minuman, tetapi amalan kasih terhadap diri sendiri - tanda kita menghargai tubuh yang telah banyak berkorban.

Harapan Kak Lis

Saya mahu setiap wanita yang mencuba produk Kak Lis Homemade Jamu berasa lebih yakin, lebih sihat, dan lebih bahagia.

Kerana bila wanita sihat, dia akan membawa tenaga positif kepada seluruh keluarga.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Kak Lis Homemade Jamu.